Sunday 2 September 2007

Sebuah Dunia dalam Ribuan Sangkar Kehidupan

Dunia Iktiraf Kemerdekaan Malaysia - Inilah tajuk berita muka hadapan salah satu akhbar utama tempatan apabila melaporkan ucapan tahniah daripada Queen Elizabeth, England bersempena dengan kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Entah kenapa ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang ganjil aku rasakan... Siapakah dunia yang dimaksudkan?

Sudah hampir 2 tahun aku belajar di UK. saat suka dan duka kini membarisi kotak memoriku. ada cerita yang boleh aku sampaikan pada keluarga di kejauhan sana. ada kisah yang boleh aku kongsi bersama sahabat di perairan sana.


Namun, aku keliru dengan tajuk berita tadi. seingat aku belum pernah aku menjumpai saat, minit mahu pun jam yang mampu aku klasifikasikan sebagai DUNIA di bumi British ini sepertimana yang mereka maksudkan. Eropah jua jauh sekali.

Bukankah Amerika yang digelar polis dunia?
Bukankah Israel yang digelar penjenayah dunia?
Bukankah China yang bakal menguasai bahasa dunia?
Jadi mengapa Elizabeth yang digelar dunia?
Adakah kerana bangsanya pernah menjajah kita?
Atau kerana bangsanya mulia lantaran menghadiahkan kita sebuah deklarasi diberi nama merdeka?
Di mana erti merdeka bila kita mengiktiraf mereka sebagai DUNIA?

Ternyata selepas 50 tahun merdeka dari jajahan union jack. kita sebenarnya masih terbelenggu dalam sangkar idea dan persepsi bahawa britishlah dunia kita. ketika dunia kian ditelan oleh gejala globalisasi, kita masih sesat dalam definisi sebuah dunia jajahan british. ke mana kita menghala jika kita masih menganggap penjajah lama masih memayungi dunia?

-Marilah keluar dari sangkar kehidupan DUNIA yang menipu.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Betul kata saudara...bukan sahaja negara2 yg mempunyai persepsi ini tp juga wujud didalam diri kita sendiri... Kita menjadikan org lain dan bukan Allah dan rasulNya sebagai titik rujukan dan penghargaan...